KEHIDUPAN SATU PERJUANGAN SEHINGGA KEAKHIRNYA
HADAPI SEGALA CABARAN DENGAN KATABAHAN DAN KEYAKINAN



Thursday, November 03, 2005
PUISI: PERTEMUAN




Pertemuan
Sampai bilakah harus aku menanti..
Sampai bila harus ku sendiri..
Tabahkah hatiku untuk esok..
Kuatkah aku menghadapinya sendiri..
Sepinya perjalanan ini..

Hidupku penuh halangan berduri..
Satu-persatu aku tempuhi..
Aku takut..aku tewas..
Kerana aku pernah tewas..
Aku benci pada ketewasan..
Aku benci pada kepura-puraan..

Hidup..kenapa kau terlalu jujur dan ikhlas..
Kenapa prinsip hidupmu seakan membebankanmu..
Siapakah yang menghargai sebuah keikhlasan..
Siapakah yang menilai sebuah kejujuran..
Perjuangan ini bermaknakah lagi?

Pertemuan..
Aku menanti setiap saat..
Bilakah datang sebuah keadilan..
Bilakah datang sebuah kebahagiaan
Bilakah datang sebuah muafakat dalam ukhwahku?

Pertemuan..
Aku takut..esok aku tidak sabar lagi..
Aku takut esok aku tewas kerana kekecewaan..
Aku takut..impian hanya tinggal mimpi..
Aku takut harapan hanya bayangan ilusi..

Pertemuan..
Hadirlah..untukku..
Biarku tahu..masih ada keadilan..
Biarku tahu..masih ada kebahagiaan..
Biarku tahu..masih ada kasih sayang..

Atau aku masih perlu menanti..
Sehingga aku tak pasti..
Mungkin sehingga penghujung hayatku..
Masihkah berpeluang untuk diriku?
Walau seketika..masihkah?
Berikan aku jawapan..
Adakah jawapan untukku?
Mungkin tiada jawapan pun..
Namun,
Sehingga kini..selagi masih teguh kepercayaanku..
Aku percaya..masih ada bahagia untukku..
Masih ada harapan untukku..

Pertemuan..
Sinisnya kehidupanmu..
Kau berikan aku harapan..
Kau berikan aku senyuman..
Namun ia sekadar mimpi..

Pertemuan..
Untuk merealisasikanmu..
Bukan satu amanah yang mudah..
Kerna ia satu tanggungjawab dari azali..
Semoga masa cepat berlalu..
Kerna ku ingin melihat esok..kau hadir jua..

Pertemuan..
Walau kau seakan tak pasti..
Aku akan berusaha selagi dayaku..
Aku akan berusaha selagi kekuatanku..
Aku akan berusaha selagi kesabaranku..
Aku akan berusaha selagi ketabahanku..
Sehingga akhir hayatku..

Pertemuan..
Seandainya kita takkan berpeluang bertemu jua..
Sehingga penghujung hayatku..
Alangkah kecewanya hatiku..
Alangkah sinis permainanmu..
Tak bisa aku menjadi tewas..
Air mata mengalir lagi..
Entah bila air mata itu untuk kegembiraan..
Bukan lagi kesedihan..

Pertemuan..
Aku harap esok..
Walau aku tiada lagi..
Sedarlah tentang hatiku..
Aku tak pernah membencimu..
Aku selalu merinduimu setiap waktu..
Harapanku tak pernah padam..

Pertemuan..
Walau aku tiada lagi..
Ketahuilah..capaikanlah impianku..harapanku..
Impianku sejak azaliku..
Ku mahu kita semua bersatu..
Melupakan kesilapan lalu..
Usah membiarkan orang lain menjadi mangsa

Pertemuan..
Lupakan sengketa lalu..
Jangan ulangi kesilapan lalu..
Seperti aku..menjadi mangsa yang tak berdosa..
Menjadi hilang di depan mata..
Menjadi rabun tanpa buta..
Kau pergi melepaskan tanggungjawabmu..

Pertemuan..
Semua insan membuat kesilapan..
Dan usahlah..mencari alasan untuk jauh..
Dan usahlah kau menipu..
Dan usahlah kau letakkan ego dihadapan..
Apa gunanya kita satu tapi berpecah..
Apa gunanya ada satu nama tapi tidak mengerti..

Pertemuan..
Satu permintaan terakhirku..
Seandainya aku sempat atau tidak..
Melihat bahagia dan muafakat kembali menyatu..
Melihat kasih sayang bertaut utuh..
Sedarlah..
Selamatkanlah muafakat kita..
Sebelum terlewat..


NURKILAN HATIKU,

“SELALU IKHLAS DAN JUJUR”


Posted at 06:31 pm by puterinurhida

zalie
November 10, 2005   06:26 AM PST
 
Kesepian sering menghimpit jiwa...

menggugat ketenangan dan kedamaianmu

sehingga kamu terpinggir di dalam ramai

kesepian dalam hiruk pikuk suara -suara manusia

kesepian dalam keramahan teman-teman seperjuangan

kesepian ditengah-tengah keluarga yang ceria


kesepian dalam diri kamu sendiri

namun itu semua bukanlah satu halangan


untuk kau bina kekuatan sendiri


menerbitkan rasa kecintaan mu pada segala disekeliling

meneruskan hari-hari yang berlalu


untuk itu hidup tetap di teruskan


menselusuri hari-hari yang kian hampir ke penghujungnya

hanya kepada Mu ....Ya Allah...

kau serahkan segalanya

dan redha dengan segala ketentuan MU...

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Home Next Entry


puterinurhida
August 26th 1985  (Age 32)
Female
Senawang

<< November 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30

:):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):)
Kasih Sayangku
Tidak Pernah Luntur Untukmu
Nilai Cintamu
Walau Tidak Pernah Ku Rasa
Ku tahu Tentang Hatimu
Walau Sepi Di kala Waktu
Walau Rindu Bertandang
Ku Tahu Kau Jua Begitu
Cuma Egomu..
Kekadang Mengguris Hati
Namun,
Aku Percaya..
Suatu Masa Nanti
Kau Pasti Sedar Jua..
Yang Kasihku Ini Tulus Suci..
Dan Impianku
Ukhwah Kita Seperti Dulu..
_________________________
::Favorite Web Site::
  • Portal Ukhwah
  • Portal Bicarasiswa
  • Utusan Malaysia
  • My IKIM.com
  • Karang Kraf

  • PERSABATAN SEJATI


    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed